Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu
Pelanggan dilayan dengan baik mesra,bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
Pelanggan diberi perkhidmatan profesional yang cekap, berkualiti, adil,tepat,cepat dan ekonomik tanpa mengira agama,kaum,latar belakang, sosio ekonomi atau peringkat umur.
Semua pesakit diberi rawatan dialisis yang berkualiti iaitu 3 kali seminggu dan setiap rawatan biasa selama 4 jam satu sesi.
Pelanggan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur rawatan dan pilihan lain yang dicadangkan termasuk risiko.
Pelanggan diberi temujanji dengan Pakar Pelawat Nefrologi setiap 3 bulan.
Peka dan responsive terhadap keperluan-keperluan pelanggan.
Menyediakan staf mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan.
Menyiasat dan menyampaikan maklumat ke atas semua aduan dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan terima.
Memastikan kesilapan sifar semasa dalam proses rawatan.
Kemudahan dan persekitaran yang bersih,selesa dan selamat.
Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.